Thursday, April 22, 2010

Mencari Magis, Melihat Magis (Final Project)

Layar Langit telah menghasilkan beberapa produk, bermula dengan baby sulungnya ‘Nausea’, sistem peranakan Layar Langit semakin aktif melahirkan beberapa produk lain, ada antaranya terhasil daripada ejakulasi yang kurang matang (well! Biasalah baru nak merasa), Layar Langit terus mencari rentak untuk menghasilkan produk yang lebih matang dan yang paling penting, ada magisnya, fuh! Bayi ajaib daripada kami, kami sendiri masih nantikan. Kami sendiri mahu melihat magis bayi daripada kandungan kami.
Berikut adalah beberapa produk kami yang kami rasakan masih perlu sentuhan yang lebih matang, daripada segi idea, ianya boleh dikatakan mengalami proses rangsangan yang sempurna, cuma apabila persenyawaan berlaku, produk yang lahir, mungkin kurang jagaannya.
1. Kisah Dalam Kelambu
2. 0-0
3. Metamorfosis
4. Bantal Lengan
Buat masa ini, Gerila Layar Langit sedang memerah keringat mental untuk menghasilkan sesuatu yang mempunyai Magis yang natural. Nantikan tiga karya daripada Layar Langit penghujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment