Buat apa pun kena ada magis... kalau setakat baca, berlatih dan ape2... kalau x ada magis, x cukup umphhh... itu yg jadi kopi x cukup susu, terlebih susu....
kalau dah nama manusia, magis ne cukup penting... yela, dgn magis kau boleh rasa, dengan magis kau mcm ada chemistry (konon2)... so, di kelahiran blog ini, aku nak tegaskan magis itu sangat penting.
memandangkan aku budak filem, so aku nak kaitkan filem dengan magis, sekarang ne aku tgk budak2 muda tempat aku belajar suka buat cerita pelik-pelik. nampak mcm art (konon2). tapi apa yang mereka kurang, magis! cerita takdak feel, buat org melopong...
aku berani katakan, kalau perasaan di dalam hati boleh keluar membentuk satu potong ayat berlegar-legar di dalam dewan, pasti barisan ayat yang jelas kelihatan, "cerita apa ni?" ataupun "apa yang dia buat ni"...
memanglah penerangan selepas itu akan merungkai segalanya, tapi eyh~ come on... org nk tgk and nak faham dari filem. bukan dari ceramah atau pidato... itu yang aku kurang faham kenapa ada sesetangah yang suka berpidato tentang filemnya dari membiarkan filem itu bercerita sendiri. haih~
kadang-kadang, untuk elakkan diri syok sendiri, kita kena pastikan orang mengeja sama macam apa yang kita eja... itulah cabaran yang sebenar, macam mana nak buat sesuatu yang boleh orang faham walaupun nampak macam payah nak faham... kalau kita eja 'perang' itu sebagai satu warna, jangan sampai orang eja 'perang' itu sebagai satu perbuatan atau ada yang tak dapat mengeja langsung.
kamu semua perlukan magis untuk itu!
No comments:
Post a Comment